Mai Swim Club Center in Cyberjaya, Putrajaya & 1 other locations - AOne | My AOne

Mai Swim Club-Center Photo
Mai Swim Club
 ()

Teaching Subjects

Our Mission

MAI SWIM Club memberi ruang dan peluang kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai Program Kelas Renang Kami bagi semua peringkat umur dari usia seawal 4 Tahun.

Description

MAI SWIM Club adalah sebuah kelab renang yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (No. 5804/2012). Kelab ini memberi ruang dan peluang kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai Program Kelas Renang Kami bagi semua peringkat umur dari usia seawal 4 Tahun.

 

  • Kelas Renang KANAK-KANAK

Terbuka kepada semua kanak-kanak yang berusia 4 tahun hingga 17 tahun. Pada peringkat ‘Beginner’ mereka akan diajar water confidence, Breaststroke dan Freestyle

 

  • Kelas Renang DEWASA (L&P)

Terbuka kepada semua orang dewasa yang berumur 18 Tahun dan keatas. Pada peringkat permulaan, mereka akan diajar water confidence, teknik Breaststroke dan teknik Freestyle. Untuk kelas Renang dewasa, Pelajar Lelaki akan diajar oleh jurulatih Lelaki dan pelajar perempuan akan diajar oleh jurulatih perempuan.

 

  • Kelas Renang BAKAT

Program kelas renang BAKAT ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan.

 

  • Kursus Menyelamat (Bronze & ILS)

Kami juga menyediakan Kursus Menyelamat (Bronze Medallion) bagi sesiapa yang berminat. Had umur minimum ialah 14 Tahun. Pelajar akan menjalani Ujian teori & praktikal untuk mendapatkan Sijil Bronze dari Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (PPKM)

 

  • Kelas Renang PERSONAL

Kelas renang personal ini terbuka kepada mereka yang ingin belajar secara individu atau famili sahaja. program ini juga memberi peluang peluang kepada kumpulan khas tanpa pelajar lain.

 

  • Kelas Renang BERKUMPULAN

Kelas renang berkumpulan ini khas bagi mereka yang ingin belajar dalam kumpulan terutama kepada kumpulan TADIKA, SEKOLAH, KOLEJ, UNIVERSITI, SYARIKAT, KAKITANGAN KERAJAAN & SWASTA. miniman bilangan pelajar dalam satu kumpulan ialah 10 Orang.

 

Others

  • Kelas renang untuk Kanak-kanak Tadika, Sekolah & Dewasa (Lelaki & Perempuan berasingan)
  • Kelas renang untuk Individu, Family & Berkumpulan (kerajaan & Swasta)
  • Kelas renang untuk Rekreasi, Pertandingan, Trikidz, Triathlon, Open sea & Survival Skills
  • Kursus Penyelamat Kelemasan PPKM (Bronze Medallion & International Lifesaver-ILS)
  • Discover Scuba Diving, Open Water Diver Course, Advanced Open Water Diver Course

Location